BESTNYA….BILA ROBOT BEKERJA MENJANA INCOME BUAT ANDA TANPA HENTI – 24 JAM SEHARI – 7 HARI SEMINGGU

BESTNYA….BILA ROBOT BEKERJA MENJANA INCOME BUAT ANDA TANPA HENTI – 24 JAM SEHARI – 7 HARI SEMINGGU

Nak tau apa itu Royal Q?

Baik sedikit penerangan ringkas tentang Royal Q Robot ni. Royal Q ni satu apps sistem AI atau kita panggil robot dimana fungsi dia trade kan kita punya coin USDT pairing dengan 52 jenis coin yang kita pilih dan tetapkan dari dalam Account Binance (Bank Matawang Digital Dunia No.1) atau Huobi (No.2 Dunia) untuk beli pada harga rendah dan hanya jual pada harga tinggi secara SPOT.

Pulangan profit diberikan tanpa ada istilah cutloss (loss) atau MC (margin call) kerana coin dalam account kita adalah asset digital sama seperti konsep simpan emas yang takkan merugikan.Sama seperti konsep investment dalam saham.

❌ Tiada MC

❌ Tiada Loss

✅ Profit harian konsisten 0.1% – 10% daripada nilai Equity Value.

✅ Friendly User dan senang faham walaupun zero bab saham/cryptocurrency.

Crypto ni x sama mcm forex ye..forex tu high risk bila2 masa bole mc atau hangus duit korg ttpi crypto ni adalah spot invest yg takde mc dan xkn mc.

(Alternatif bagi forex tarders untuk berhijrah dan tinggalkan forex trading yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan)

Umpama kita beli emas dan peram.

Multiple Your Crypto Asset On Binance Exchange or Huobi Global with Spot Trading Ai Robot..

Dah faham? nak join secara PERCUMA? Tekan je link di bawah atau scan saja QR code di bawah. Saya akan guide anda – langkah demi langkah insya Allah.

Boleh scan QR code ini untuk mendaftar

https://raqsy.com/s/492RZ

Dah bersedia untuk memulakan pelaburan dalam crypto currency menggunakan robot Royal Q? ?

Daftar kat bawah ini. Saya akan guide anda cara bagaimana nak bagi robot bekerja menjana pendapatan tanpa henti meskipun anda sedang tidur. Best kan? Jom daftar sekarang! Klik saja link di bawah atau scan QR Code:

Scan QR Code untuk mendaftar secara PERCUMA

https://www.huobi.ge/en-us/topic/invited/

Nota: Untuk robot Royal Q bekerja untuk anda 24 jam sehari semalam, anda kena mendaftar kedua-dua akaun:1) Akaun Royal Q2) Akaun HoubiKedua-dua akaun itu tidak dikenakan sebarang bayaran untuk mendaftar. FREE Jer!Nak tau lebih lanjut call/wasap Dr Crypto di talian:

www.wasap.my/60103431630/royalQ-houbi/

www.wasap.my/60103431630/royalQ-houbi/

www.wasap.my/60103431630/royalQ-houbi/

Private Mandate DDNK Interpac (Inter-Pacific Asset Management)

Private Mandate DDNK?

Q: Eh, apa tu?

A: Ini adalah prestasi pulangan produk Private Mandate yang diuruskan oleh syarikat pelaburan Interpac atau Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd, yang diketuai oleh DDNK.

Q: DDNK? Yang tagline “tak hensem takpe janji kaya”. Ingatkan scammer.

A: Bukan, beliau ialah pakar pelaburan dan juga CEO kepada syarikat Inter-Pacific Asset Management atau Interpac.

Q: Interpac? Macam pernah dengar.

A: Interpac ialah sebuah syarikat pelaburan yang berlesen, di bawah Berjaya Holding Group, Milik Tan Sri Vincent Tan. Tidak BMF. Hahahah

Q: Eh, patuh syariah tak ni?

A: Ofkoz la saya akan promote yang patuh syariah sahaja. Produk Private Mandate Interpac mempunyai pengesahan patuh syariah oleh Salihin Advisory. Ada juga produk yang tak patuh syariah, tapi saya tak promote la.

Q: Apa nama pelaburan ni? Unit trust ke?

A: Ia bukan unit trust. Ia adalah Private Mandate. Nampak sama macam unit trust tapi berbeza sangat.

Q: Apa beza dengan unit trust ?

A: Unit trust ialah produk “ready made”, tapi yang ini ialah “tailor made”. Jika unit trust, produk dah siap dipakejkan oleh fund manager dan pelabur membeli unit, tapi Private Mandate ialah wang pelaburan diuruskan oleh pengurus dana yang kita berikan mandat. Pelabur boleh berkomunikasi dengan pengurus pelaburan untuk pelaburan yang dia mahukan.

Q: Ish… Tak berapa faham la.

A: Analogi mudah macam ni. Unit trust ni macam kita beli baju yang dah siap jahit, manakala Private Mandate ni, kita jumpa dengan tukang jahit baju dan minta dia jahitkan baju kita.

Q: Ooooooo….

A: Heeeeeeee……

Q: Hmmmm… Pulangan 7% sebulan? Biar betul?

A: Betul, itu adalah rekod prestasi sepanjang 18 bulan lepas. 7.25% purata pulangan sebulan dan jumlah pulangan sebanyak 137.70% sepanjang 18 bulan. ( ia berdasarkan kepada prestasi yang lepas, tetapi tidak menggambarkan kepada prestasi masa hadapan / was based on previous performance only and did not reflect for the future performance/forecast. )

Q: Akan datang? Ada jaminan?

A: Tiada jaminan untung. Ini adalah pelaburan yang mempunyai kos dan risiko tersendiri.

Q: Apa kos dan risikonya

A: Kos kemasukan akan dikenakan caj jualan 5% dan caj tahunan 1.5% management fees. Kemudian, setiap 6 bulan sekali akan ada profit sharing sebanyak 20% JIKA UNTUNG melebihi 20% daripada modal. Risiko yang ada ialah risiko turun naik pasaran saham.

Q: Oh, ada profit sharing? Kalau rugi?

A: SEMUA pelaburan akan ada potensi rugi. Dalam pelaburan ini, fund manager akan uruskan sebaiknya modal pelabur. Mereka akan gunakan sedaya upaya ilmu pengetahuan dan masa mereka untuk membuat penilaian saham-saham yang berkualiti.

Q: Ooooo. Berapa modal?

A: Modal tunai RM50,000 sahaja.

Q: Tingginya RM50,000. Ada yang modal lebih rendah?

A: Ada tapi bukan Private Mandate. Dana Safi Interpac, pulangan pun boleh tahan tahun lepas. Boleh mula dengan RM100 sahaja. Klik link ini

Q: Boleh melalui KWSP?

A: Untuk Private Mandate Interpac ni hanya melakaui tunai sahaja. Tapi kalau KWSP saya boleh rekomen Private Mandate dengan Philip Capital.

Q: Phillip Capital?

A: Itu syarikat lain. Juga sebuah syarikat pelaburan yang sah. Ada produk Private Mandate yang boleh gunakan tunai dan KWSP.

Q: Apa beza produk Private Mandate Interpac dan Phillip?

A: Private Mandate Interpac dilaburkan ke pasaran saham Amerika manakah Phillip pula ke pasaran saham tempatan.

Q: Oooooooooooooooooooooooooooooo….

A: Hoho!

Q: Jadi macamana kalau saya nak invest?

A: Ehem, ehem. Dengan saya la. Saya sebagai Marketing Representative kedua-duanya.

Berminat nak tahu cara buat investment dalam Private Mandate. Sila isi borang bawah:

BORANG UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PRIVATE MANDATE DDNK

https://bit.ly/3DJTu8e

atau Tekan link di bawah untuk membuat temujanji dengan Marketing Representative (MR) berlesen kami.

https://bit.ly/3HFmLU5

Kredit: FB Afyan Mat Rawi

KENALI PRIVATE MANDATE DDNK

Private Mandate DDNK atau nama lengkap nya DDNK US Private Mandate fund merupakan private mandate global.
Saya rasa ramai dah tahu DDNK ni adalah Datuk Dr Nazri Khas, CEO bagi InterPac Asset Management.

Bagi pelabur cash yang ingin diversify pelaburan ke 100% US maka private mandate ini adalah yang sesuai kerana kebanyakan dana unit trust yang ada tidak 100% pelaburan kepada US sebalik nya bercampur-campur dengan pelaburan di tempat lain juga seperti di Eropah.

Sebagai seorang financial planner, saya galakkan untuk pelabur diversify pelaburan anda ke lain kategori, lain geografi dan lain type of asset.
Ini termasuk lah ke private mandate DDNK ni dan juga asset lain seperti emas dan real estate.

Dan yang paling penting adalah, anda harus tahu tahap penerimaan risiko anda sebelum membuat pelaburan – samada anda termasuk dalam kategori konservatif, moderate atau aggressive.

Dari situ lah baru anda boleh buat keputusan terhadap mana-mena pelaburan.

Saya tak dapat mengelak dari memberikan komen kepada private mandate DDNK ni memandangkan ramai yang bertanya kepada saya mengenai “Private Mandate” setelah mereka search dan terjumpa dengan blog saya ni.

Oleh itu saya summarize kan maklumat berkenaan dengan DDNK US Private Mandate sebelum anda membuat pelaburan kepada dana ini.

Berapakah Minimum Pelaburan?
Minimum pelaburan adalah RM50k dan tiada maksimum pelaburan.

Ke manakah pelaburan DDNK US Private Mandate ni difokuskan?
Ia memfokuskan kepada saham patuh Shariah di US dan secara detailnya adalah technology index of Nasdaq Composite Index. Sila lihat video di bawah ini untuk mengetahui secara detail mengenai Nasdaq.

Berapakah Tempoh Pelaburan?
Dana ini direka untuk pelaburan jangka panjang. walaubagaimana pun tiada lock in period bagi membuat pengeluaran.

Berapakah prestasi dana ini secara keseluruhan?
Secara keselurahan prestasi YTD 2020 adalah positif, meskipun di kala wabak pendemik Covid19 melanda.
Keuntungan dana ini adalah bergantung kepada ‘timing’ entry semasa membuat pelaburan.
Pelabur baru mungkin akan mengalami penurunan “NAV” disebabkan oleh fee yang dikenakan.

Apakah risiko terhadap pelaburan dana ini?
Pelabur hendaklah faham dengan risiko berkaitan dengan “capital market” dan mereka tidak menjamin amaun return yang tepat kerana mereka aim lebih kepada momentum dan pertumbuhan capital berbading pendapatan atau nilai pelaburan (value investing)

Berapakah benchmark/penanda aras return bagi dana ini?
Benchmark pulangan pelaburan adalah 6% tetapi Datuk Dr Nazri Khan dan team dengan kemahiran yang ada percaya boleh memperolehi lebih dari banchmark.

Ke syarikat manakah dana ini dilabur?
Sebahagian dari kawalan risiko, mereka percaya pelaburan kepada saham syarikat besar US seperti Apple, Facebook, Nvidia dan Microsoft terbukti syarikat well established yang mempunyai potensi untuk berkembang dan berdaya maju.

Apakah fee-fee yang terlibat dalam membuat pelaburan?
Terdapat 3 fee:
1. Sales Charge – 5%. Pelabur akan dikenakan sekali sahaja bagi setiap capital injection.
2. Management fee – 1.5% per annum. Fee untuk setahun bagi keseluruhan portfolio pelaburan.
3. Performance fee – 20% bagi setiap keuntungan. Jika pelabur mendapat keuntungan RM20k sebagai contoh, InterPac Management akan mengutip sebanyak RM2k, jadi dari keuntungan RM10k pelabur akan memperolehi RM8k.

Bagaimana saya mahu tahu status pelaburan saya?
Pelabur akan menerima status pelaburan melalui statement yang diberi secara berkala setiap bulan. Di situ anda akan dapat melihat transaksi buy and sell dan jumlah capital serta keuntungan.

Boleh saya access pelaburan saya secara online?
Tidak boleh buat sementara ini dan insyallah akan datang akan terdapat access kepada pelaburan secara online.

Bolehkah saya melabur menggunakan EPF seperti unit trust?
Tidak boleh buat sementara ini.

Boleh kah saya mengeluarkan pelaburan saya separuh atau mengambil untuk dan biarkan capital?
Boleh, tiada masalah. Duit withdrawal anda akan dimasukkan direct kepada akaun bank anda.

Saya berminat untuk menjadi ejen sah kepada Private Mandate DDNK ini. Bagaimana cara nya?
Untuk Private Mandate DDNK ni, anda harus mengambil lesen MR yang dikeluarkan oleh SC.
Selepas itu baru lah anda boleh daftar sebagai MR di InterPac.
Sila whatsapp saya jika berminat untuk MR ini untuk mengetahui secara terperinci.

Ringkasan Pelaburan Private Mandate DDNK

Berminat nak tahu cara buat investment dalam Private Mandate. Sila isi borang bawah:

BORANG UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PRIVATE MANDATE DDNK

https://bit.ly/3DJTu8e

atau Tekan link di bawah untuk membuat temujanji dengan Marketing Representative (MR) berlesen kami.

https://bit.ly/3HFmLU5

Kredit Artikel: Visi Kewangan Dot Com.

[𝐆𝐄𝐌𝐏𝐀𝐑] 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐓𝐔𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐔𝐓 𝐊𝐄𝐔𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊

Dengar penjelasan Dato Dr Nazri Khan (DDNK) berkaitan pelaburan Private Mandate

[𝐆𝐄𝐌𝐏𝐀𝐑] 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐓𝐔𝐇 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐀𝐔𝐓 𝐊𝐄𝐔𝐍𝐓𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐔𝐊 𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊 😱.

“Dari letak capital dekat bank, tak buat apa2, baik saya laburkan dalam saham dengan Fund Manager berlesen Dato Dr Nazri Khan” – Investor Stock Market.

(𝗸𝗵𝗮𝘀 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗶𝗻𝘂𝗺𝘂𝗺 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗥𝗠𝟱𝟬,𝟬𝟬𝟬)

– Pelaburan patuh Shariah-

Profit double digit yearly- 4% target profit monthly- no locking period, boleh withdraw bila2 masa shj- yg penting ” Patuh syariah”

– Invest di Global Teknologi seperti Tesla, Google, Apple, Facebook, Nvidia dan lebih 150 kaunter patuh syariah US berminat boleh klik link di bawah

Berminat nak tahu cara buat investment dalam Private Mandate. Sila isi borang bawah:

BORANG UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PRIVATE MANDATE DDNK

https://bit.ly/3DJTu8e

atau Tekan link di bawah untuk membuat temujanji dengan Marketing Representative (MR) berlesen kami.

https://bit.ly/3HFmLU5

” TARGET DIVIDEN SETAHUN DOUBLE DIGIT DENGAN KEPAKARAN DDNK ? “

[Khas untuk simpanan pelaburan minimum 50,000 Ringgit dan keatas sahaja]Kalau simpanan tak okay jgn tutup, please pecahkan kepada simpanan yg lain. Diversify simpanan ke Saham patuh syariah dibawah DDNK- Profit double digit yearly- 4% target profit monthly- no locking period, boleh withdraw bila2 masa shj- yg penting ” Patuh syariah”#takhensemtakpejanjikaya

Berminat lebih details? Tekan link bawah 😊

https://bit.ly/3HNW6nQ

https://bit.ly/3HNW6nQ

https://bit.ly/3HNW6nQ

Atau isi borang di bawah

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PRIVATE MANDATE DDNK

KENALI 𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦-𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗠

KENALI 𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦-𝗝𝗘𝗡𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗠

1. Blue Chip Stock-Saham yang besar, stabil dengan reputasi yang baik.-Contoh Apple, Microsoft. Alphabet (Google)

2.Growth Stocks-Saham semasa yang tumbuh dengan cepat dari segi pendapatan dan keuntungan.-Netflix, Shopify, Square

3. Dividend-Syarikat yang membayar dividen baik kepada pemegang saham melalui janaan pendapatan (Earning).-Coca-cola, Starbucks

4.Cyclical – Saham yang bergantung kepada keadaan ekonomi semasa.-JP Morgan, Delta

5. Defensive-Saham yang menghasilkan produk yang sentiasa diperlukan manusia.-Johnson-Johnson, Walmart, P&G

6.Speculative-Syarikat yang volatile dan berisiko.-Tesla, Gamestop.

Berminat nak tahu cara buat investment dalam Private Mandate. Sila isi borang bawah:

BORANG UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PRIVATE MANDATE DDNK

https://bit.ly/3DJTu8e

atau Tekan link di bawah untuk membuat temujanji dengan Marketing Representative (MR) berlesen kami.

https://bit.ly/3HFmLU5

5 Jenis Pelaburan Patuh Shariah Di Malaysia


Apakah yang membuatkan sesuatu pelaburan itu halal? Di sini, kami bentangkan 5 jenis pelaburan patuh Shariah yang terbaik untuk anda buat keputusan.
Pelaburan halal adalah konsep yang merujuk kepada pelaburan patuh shariah. Konsep ini juga boleh bermaksud jenis pelaburan yang bertanggungjawab dan mesra komuniti jika ingin dilihat dengan lebih meluas.

Matlamat pelaburan shariah, menurut ajaran Islam, adalah untuk memelihara dan mengukuhkan 5 perkara; agama, nyawa, minda, keluarga dan hak. Doktrin shariah memberi panduan untuk komuniti agar sentiasa mengimbangkan ekosistem antara masyarakat dan individu. Walaupun tidak dilarang untuk “mementingkan diri sendiri”, pelaburan shariah yang dibuat perlulah tidak memudaratkan orang lain – termasuklah dalam aspek pelaburan dan pengurusan kewangan peribadi.

Terdapat pelbagai jenis pelaburan patuh Shariah di Malaysia yang dibina untuk memberi pilihan kepada umat Islam melabur. Pada masa yang sama, pelaburan ini dapat membentuk tanggungjawab untuk Muslim dalam hal kewangan dan secara langsung, memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pelaburan halal pada asasnya merujuk kepada pelaburan yang dibuat berdasarkan hukum Shariah. Hukum Shariah adalah undang-undang Islam yang mempunyai larangan tertentu. Sebagai contoh, riba diharamkan dalam Islam – ini adalah ciri utama pelaburan Shariah. Apabila anda melabur ke dalam pelaburan patuh Shariah, ini bermakna anda akan melabur ke dalam aset yang tidak mempunyai konsep riba. Selain itu, pelabur dalam aset patuh Shariah juga tidak akan mempunyai elemen-elemen yang tidak dibenarkan dalam Islam seperti rokok, alkohol atau perjudian.

1. Dana Amanah Islamik dan Exchange Traded Funds (ETFs)

Dana amanah dalam Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak semestinya bermaksud pelaburan tersebut mempunyai status patuh Shariah tetapi ada fatwa bahawa pelaburan tersebut adalah “harus” sebagai pengeculian. Tabung Haji pula, sudah tentu, mempunyai status patuh Shariah. Tabung Haji adalah institusi penting dalam memastikan pembayaran zakat dibuat melalui keuntungan pelaburan dari pihak anda.

Apabila disebut dana amanah, juga dikenali sebagai unit trusts, anda boleh mengenal pasti sama ada ianya patuh Shariah atau tidak melalui nama dana tersebut. Jika nama dana disertakan dengan “Shariah”, “Islamik” atau “Sukuk”, dana tersebut patuh Shariah.

2. Saham Patuh Shariah

Pelaburan halal semuanya berkisar atas nilai Islam sendiri. Pelaburan akan dipantau melalui jawatankuasa yang terdiri daripada orang yang arif akan Islam dalam memastikan tiadanya elemen perjudian, senjata api, riba dan usyur.

Pelaburan dalam sesuatu sektor atau perniagaan yang luar daripada ruang etika ini adalah dilarang dalam hukum Shariah. Pelabur yang patuh akan agama Islam perlu memastikan sama ada pelaburan mereka jatuh kepada kategori mana. Menurut nilai Islam, pelabur akan berkongsi keuntungan dan kerugian, tidak mengumpul riba dan tidak mempunyai elemen yang dilarang dalam Islam.

Ramai Muslim sendiri membeli saham tanpa mengetahui sama ada saham tersebut patuh Shariah ataupun tidak. Setiap saham syarikat perlu melalui piawaian tertentu untuk status Shariah dan akan sentiasa diperiksa untuk mengekalkan status ini.

Organisasi Pengurusan Akaun dan Audit Institusi Kewangan Islamik, yang dikenali sebagai AAOIFI Shariah, telah mengenal pasti 3 aspek penting dalam memastikan sama ada saham tersebut patuh shariah ataupun tidak:

Hutang yang dikenakan riba untuk sebuah syarikat tidak boleh melebihi 30% daripada nilai keseluruhan saham syarikat.
Aset yang menerima riba tidak boleh menerima lebih daripada 30% daripada nilai keseluruhan saham syarikat.
Pendapatan yang diperoleh melalui aktiviti tidak patuh Shariah tidak boleh melebihi 5% daripada jumlah keseluruhan pendapatan.
Untuk kebanyakan kes, membeli saham daripada syarikat yang mungkin mempunyai transaksi melibatkan riba dan konsep lain yang dilarang tidak boleh dibuat sama sekali walaupun aktiviti utama syarikat dibenarkan dalam hukum Shariah. Namun, terdapat beberapa pengecualian seperti yang disebut di atas dan bergantung kepada keputusan jawatankuasa untuk mengenal pasti status patuh Shariah untuk sesuatu syarikat.

3. Aktiviti Perniagaan

Industri halal dan patuh shariah adalah industri yang besar. Banyak peluang perniagaan setiap tahun timbul yang menawarkan servis, produk dan platform yang menyasarkan pasaran Muslim bersama dengan sektor baru.

Melalui perspektif pelaburan, menyertai perniagaan – atau melabur ke dalam sesuatu perniagaan – adalah pilihan yang baik. Melabur berdasarkan nilai-nilai agama adalah konsep yang semakin diterima ramai umat Islam dan akan lebih popular di masa akan datang. Kebanyakan panduan untuk pelaburan patuh Shariah juga digunapakai dalam konsep pelaburan mesra sosial (“socially responsible investing“) yang juga semakin popular.

Konsep ini sebenarnya mudah sahaja; labur ke dalam perniagaan atau idea yang tidak memudaratkan masyarakat. Malah, syarikat perlulah memberi manfaat kepada masyarakat dan mengikuti nilai kemanusiaan sama seperti yang diajar dalam Islam. Untuk lebih spesifik, aktiviti yang dilarang dalam Islam perlulah kurang daripada 5% daripada keseluruhan pendapatan. Alkohol, perjudian, rokok, barangan lucah, produk berasaskan khinzir, peras ugut, riba/usyur, insurans konvensional dan servis kewangan tradisional adalah contoh aktiviti yang dilarang.

Selain itu, umat Islam juga tidak boleh memperoleh keuntungan dengan meminjamkan wang melalui konsep riba. Mencari pelaburan dalam perniagaan bebas riba semakin susah dalam dunia yang berdasarkan ekonomi riba tetapi di negara Malaysia, peluang ini semakin banyak. Sektor ekonomi Islam yang lain juga semakin berkembang seperti fesyen Muslimah, makanan halal dan juga kosmetik serta produk kecantikan yang halal.

4. Emas

Emas sering dianggap sebagai pelaburan yang patuh shariah. Dalam empayar Islam juga, terdapat banyak kisah tentang emas. Contohnya, seperti kisah Mansa Musa. Negeri Kelantan yang menerapkan ajaran agama Islam juga pernah cuba untuk meletakkan dinar emas dan dirhan sebagai mod transaksi mereka.

Melalui pandagan pelabur, emas adalah komoditi yang digunakan apabila terdapatnya kadar naik turun pasaran yang tinggi. Ini adalah kerana emas lebih stabil berbanding matawang dunia yang lain. Ianya boleh dianggap sebagai sauh dalam dunia kewangan. Ada sebab mengapa harga emas semakin meningkat dalam 5 tahun kebelakangan ini iaitu keadaan pasaran yang tidak menentu.

Anda boleh membeli emas dengan cara tradisional (emas fizikal) atau membeli peratusan pembahagian emas dalam talian. Dengan teknologi kewangan (FinTech), pemilikan emas semakin boleh diakses semua orang (dan juga semakin rumit). Terdapat pelbagai jenis pemilikan emas seperti e-gold, emas digital dan akaun simpanan emas. Sesetengah platform membolehkan anda jual beli emas dalam talian dengan pembeli lain. Secara langsung, ini mengurangkan caj orang tengah. Platform inovatif lain pula membolehkan anda mencarum ke dalam emas setiap bulan melalui fungsi direct debit. Banyak lagi perkembangan yang boleh dibuat untuk teknologi pelaburan emas.

Namun, anda juga perlu berhati-hati apabila membeli emas. Terdapat banyak skim Ponzi dan penipuan berkaitan emas jadi pastikan anda buat kajian anda sendiri. Jangan malu untuk tanya orang yang lebih berpengetahuan.

Apabila anda membeli emas dalam talian, penting untuk anda tahu bahawa anda membeli emas fizikal yang jelas hak miliknya serta rekod bukti (ini adalah kunci kepada pelaburan emas yang halal). Anda juga boleh memiliki ETF emas yang memiliki emas fizikal tetapi ETF yang memiliki emas dalam bentuk kontrak futures dan options adalah haram. Kontrak ini tidak dibenarkan dalam Islam.

5. Hartanah

Hartanah adalah pilihan sepanjang zaman untuk kebanyakan pelabur. Ianya popular, stabil dan tidak terlalu rumit. Namun, pelaburan hartanah juga datang dengan cabaran tersendiri tetapi pendapatannya agak memuaskan. Anda juga perlu tahu bahawa nilai kecairan hartanah tidak sebagus saham, emas dan pelaburan lain. Hartanah popular di kalangan orang Islam.

Walaupun begitu, terdapat beberapa perkara yang anda perlu kenal pasti sebagai pelabur hartanah Muslim. Kebanyakan proses pembelian rumah berkait rapat dengan sistem pinjaman konvensional yang menggunakan riba. Ini bermakna riba (faedah) dari bank. Di Malaysia, sektor kewangan Islamik semakin berkembang dan terdapat pilihan yang sesuai untuk pelabur Muslim. Bank-bank utama di Malaysia juga sudah pun mempunyai pilihan perbankan Islamik.

Selain itu, pelabur untuk hartanah komersial juga perlu berhati-hati agar tidak memperoleh sewa daripada penyewa yang mengoperasikan aktiviti tidak patuh Shariah (sebagai contoh; bar atau pusat perjudian).

Rumusan
Sama ada anda pelabur Muslim atau bukan Muslim, pilihan patuh Shariah amat menarik untuk yang lebih sedar akan kepentingan pelaburan yang mesra sosial. Dengan pengetahuan ini, sedikit sebanyak anda dapat membuat keputusan yang lebih menyeluruh selari dengan hukum Shariah.

Berminat nak tahu cara buat investment dalam Private Mandate. Sila isi borang bawah:

BORANG UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PRIVATE MANDATE DDNK

https://bit.ly/3DJTu8e

atau Tekan link di bawah untuk membuat temujanji dengan Marketing Representative (MR) berlesen kami.

https://bit.ly/3HFmLU5

Design a site like this with WordPress.com
Get started